klik-klik

10 September 2012

khasiat susu kambing

 
 (susu kambing asli berlatarbelakang kan beg LV nens ygdirompak dr adik nens,beli kt pasarayaku..hehe)
susu kambing asli, walopon susu kambing ni dibekukan tapi khasiat die sama ajek..rendam dengan air suam tuk mencairkan die ye, yg serbuk pon sama je khasiat die,tp nens lagi teruja beli yg asli but mahal skit....sejak 2 menjak ni nens ngn hubby tercari2 susu kambing asli..ini kerana khasiat & sunnah Rasulullah mengamalkan meminun susu kambing ..mmg banyak khasiatnyer..rasa die biasa je..macam susu la kan,hihi..x bau hamis pon..


jom cekidout khasiatnya..:

 
Kelebihan Susu Kambing

- Paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu)
- Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah)
- Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila)
- Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu
- Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat
- Kambing betina beranak 2 kali setahun, 1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor
- Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari
- Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:

- Penyakit deman kuning
- Penyakit lemah jantung
- Penyakit darah tinggi
- Penyakit migrane/kerap merasa pening kepala
- Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang
- Penyakit batuk kering atau TB
- Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis
- Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut
- Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin
- Sesuai diminum diwaktu pagi (sebelum bersarapan) dan malam (sebelum tidur). Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Bancuh dengan air suam sahaja

Susu Kambing Adalah Yang Terbaik Selepas Susu Ibu

- Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh
- Bersifat alkali bukan asidik
- Sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi dalam kandungan sampailah kepada orang tua
- Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan
- Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah
- Mudah dicerna (menyerap dalam tubuh badan) dan tidak menyebabkan alahan
- Membantu melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus
- Merawat dan menyembuhkan penyakit kanser, demam kuning, gastrik, ulser, buasir, asthma (lelah), migrain (sakit kepala), penyakit kulit, insomia (sukar tidur), senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout
- Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf
- Memulihkan tenaga batin dan awet muda


pssstt: minum lah susu kambing tuk kesihatan..;)




10 comments:

Zura Tahir said...

walaupun org ckp kambing takut air..tp susu dia berkhasiat sgt..

Mama Gee said...

payahh nk cr susu kambing segar kt cini lee...huhu


adiah dh sampai jumaat ari tu...tq ya :)

emarieys said...

akak ni jenis tak minum susu nen..terasa ruginya

Unknown said...

erm, masz x makan kambing..... so apa2 yang berkaitan dengan kambing memnag x suka kut.... dulu masa dok ngan tok kat kg, dia pernah bela kambing n bau dia ya amattttt. sejak tu x suka ngan kambing..... huhu

wahida said...

aku walaupun tak mkn daging kambing, aku sukaaaaaa susu kambing...best!!

|| NaFiRaa || said...

dop pernah minum susu segar.. susu lembu mahupon susu kambing.. kekeke

shahrul minum dop?? ade efek dop ngan darah tinggi dia?

Myra Jay said...

Takut tak tertelan je susu kambing ni :)
Memang banyak khasiat, tapi nak try la jugak ;)

Unknown said...

banyak khasiat! nak2 mane yg merancang nak mengandung.. mane eh kak nak cari susu kambing ni...cari2 susah nak jumpa la..

Alin Marlini said...

tak penah minumpun nens...rasa kambing ke?hehehehe

Jahirah said...

antara susu lembu n kambing, ada info ckp susu kambing lebih baik dan berkhasiat....ada kebenaran juga rasanyakan.

iklan lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...